Thursday, December 16, 2010

LATAR BELAKANG BOMBA TD

Perkhidmatan Bomba Tentera Darat Malaysia ditubuhkan pada 1 Jan 1988. Tujuan penubuhan bomba TD adalah untuk melaksanakan operasi memadam kebakaran dan menyelamat di dalam kawasan tanggungjawab selain membantu pihak awam sekiranya diperlukan. Perkhidmatan Bomba TD di anggotai oleh anggota-anggota tentera dari Kor Perkhidmatan Diraja TDM. Mereka dikehendaki menghadiri kursus asas kebombaan selama lebih 3 bulan di pusat latihan bomba yang diiktiraf sebelum layak ditugaskan sebagai anggota bomba di semua stesen bomba TD (SBTD).